Thursday, January 22, 2009

Kiri

Kiri..
Sebuah kumpulan muzik dari Malaysia yang bertapak di Kuala Lumpur dan mula bergiat aktif pada awal tahun 2003. Pembabitan enam anggota kumpulan Kiri yang menerapkan muzik pilihan mereka sendiri telah membuka mata sebuah syarikat rakaman untuk mengambil mereka sebagai artis rakaman bagi syarikat tersebut. Setelah perjanjian termeterai, Kiri telah menghasilkan sebuah album yang bertajuk RU13 yang memuatkan sepuluh buah lagu yang dihasilkan oleh mereka sendiri. Dengan tunjuk ajar daripada otai Rock tanahair , Mus dari kumpulan MAY selaku producer dalam pembikinan album pertama ini, Kiri telah menyinari industri muzik tanahair dengan aliran muzik yang lebih ke arah Nu-Metal yang dibawa pengaruhnya dari Amerika Syarikat. Ketika industri muzik Malaysia lebih ke arah British Pop, Kiri seperti membawa suatu aliran yang berisiko tinggi dari segi populariti dan penerimaan ke setiap gegendang telinga pendengar di Malaysia.




RU 13 merupakan kesinambungan daripada single pertama Kiri yang bertajuk Tolonglah Aku. Single ini telah diedarkan sekitar tahun 2006 dan telah mengeluarkan juga MTv untuk tontonan umum. Tolonglah Aku juga dimuatkan dalam album RU13 sebagai salah sebuah lagu dalam senarai lagu yang terkandung dalam RU13. RU13 merupakan singkatan kepada "Ruang Udara 13" yang entah macam mana maksudnya pun tidak diketahui.




Kiri dianggotai oleh Mr JAck dan Jo9 selaku Vokal , Men sebagai Guitarist , Ayie sebagai Bassist , Syaf sebagai Keyboardist dan Risyi sebagai Drummer merangkap ketua kumpulan bagi Kiri. Sejarah awal penubuhan Kiri bermula daripada Risyi yang pada ketika itu selalu menghabiskan masa bersama Men dan beberapa orang lagi anggota kumpulan yang lain ( orang kampung la ni) kemudian , mereka bersetuju untuk menubuh sebuah kumpulan muzik yang akan mendendangkan lagu-lagu mereka sendiri untuk menyertai pertandingan band di seluruh Malaysia. Kiri menyertai pelbagai pertandingan termasuklah Rock Unite pada tahun 2006 diamana Kiri telah terpilih antara band yang layak meneruskan pertandingan ke peringkat Wild CARD separuh akhir pada pertandingan tersebut. Walaupun Kiri tidak memenangi tempat pertama , Kiri telah terpilih sebagai salah sebuah band yang akan menghasilkan album dibawah naugan Rock Unite Music.


Dengan arus permodenan dan kenaikan taraf hidup di Malaysia , Kiri telah mengharungi badai dalam meneruskan karier sebagai kumpulan muzik di Malaysia. Beberapa anggota kumpulan Kiri telah menarik diri dari terus memperjuangkan Kiri. Walaubagaimanapun, Kiri tetap terus bernaung di bawah sayapnya sendiri dengan Syaf telah mengambil-alih tugas selaku orang kuat yang akan terus mempertahankan Kiri di dalam industri muzik tanahair. Harapan aku sebagai peminat number satu Kiri agar dapat melihat Kiri menjadi satu fenomena dalam industri muzik Malaysia.




1 comment:

  1. Kenapa tak letak lagu di Spotify? Banyak band metal local tak letak lagu di Spotify. Kena letak untuk terus di ingati atau paling tidak di kenali. Orang suka atau tak tu terpulang. Yang penting letak sebagai bukti identiti muzik local.

    ReplyDelete