Friday, January 23, 2009

Mohamed Aboutreika - Bintang Bolasepak Islam

http://images.alqassam.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SSpprAoKCDQAACcGhHQ1/aboutreika.jpg?et=Mw0AYbKwNGCGwIvU1UORbw&nmid=0

Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.


Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.

Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.


http://images.alqassam.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SSppvQoKCDQAACfdBTQ1/aboutreika2.jpg?et=ipQxR0JDBrvS1qGC7DlyPg&nmid=0


Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel. Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.

Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra, Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza, berani berseorangan menegakkan kebenaran.

Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.


http://images.alqassam.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SSpp6goKCDQAACwdKm01/sujud.jpg?et=1BdnzDrtJB2dSeOLm2PxVw&nmid=0


Selain peristiwa "Sympathize with Gaza", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark. Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.

Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam.

Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline. net pada 24 Nov 2008, beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. "..merupakan pendakwah Islam", menurut Mufti Congo, Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.

Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya meneladani Aboutreika. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.

Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!

http://images.alqassam.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SSpp2QoKCDQAACgSC-41/gaza2.jpg?et=uFMas4x9d8sRbYjHz9t42A&nmid=0


Kenapa saya suka sangat peristiwa "Sympathize with Gaza"? Kerana ia satu mesej dari seorang insan kerdil tapi berjiwa besar yang mencabar Israel, "perencana" perjalanan dunia hari ini. Ia satu mesej yang mengajak dunia peka dan mempersoalkan "kuasa" yang kebanyakan negara tunduk kepadanya. Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.


Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.


eKiN HaRdY







Thursday, January 22, 2009

Kiri

Kiri..
Sebuah kumpulan muzik dari Malaysia yang bertapak di Kuala Lumpur dan mula bergiat aktif pada awal tahun 2003. Pembabitan enam anggota kumpulan Kiri yang menerapkan muzik pilihan mereka sendiri telah membuka mata sebuah syarikat rakaman untuk mengambil mereka sebagai artis rakaman bagi syarikat tersebut. Setelah perjanjian termeterai, Kiri telah menghasilkan sebuah album yang bertajuk RU13 yang memuatkan sepuluh buah lagu yang dihasilkan oleh mereka sendiri. Dengan tunjuk ajar daripada otai Rock tanahair , Mus dari kumpulan MAY selaku producer dalam pembikinan album pertama ini, Kiri telah menyinari industri muzik tanahair dengan aliran muzik yang lebih ke arah Nu-Metal yang dibawa pengaruhnya dari Amerika Syarikat. Ketika industri muzik Malaysia lebih ke arah British Pop, Kiri seperti membawa suatu aliran yang berisiko tinggi dari segi populariti dan penerimaan ke setiap gegendang telinga pendengar di Malaysia.




RU 13 merupakan kesinambungan daripada single pertama Kiri yang bertajuk Tolonglah Aku. Single ini telah diedarkan sekitar tahun 2006 dan telah mengeluarkan juga MTv untuk tontonan umum. Tolonglah Aku juga dimuatkan dalam album RU13 sebagai salah sebuah lagu dalam senarai lagu yang terkandung dalam RU13. RU13 merupakan singkatan kepada "Ruang Udara 13" yang entah macam mana maksudnya pun tidak diketahui.




Kiri dianggotai oleh Mr JAck dan Jo9 selaku Vokal , Men sebagai Guitarist , Ayie sebagai Bassist , Syaf sebagai Keyboardist dan Risyi sebagai Drummer merangkap ketua kumpulan bagi Kiri. Sejarah awal penubuhan Kiri bermula daripada Risyi yang pada ketika itu selalu menghabiskan masa bersama Men dan beberapa orang lagi anggota kumpulan yang lain ( orang kampung la ni) kemudian , mereka bersetuju untuk menubuh sebuah kumpulan muzik yang akan mendendangkan lagu-lagu mereka sendiri untuk menyertai pertandingan band di seluruh Malaysia. Kiri menyertai pelbagai pertandingan termasuklah Rock Unite pada tahun 2006 diamana Kiri telah terpilih antara band yang layak meneruskan pertandingan ke peringkat Wild CARD separuh akhir pada pertandingan tersebut. Walaupun Kiri tidak memenangi tempat pertama , Kiri telah terpilih sebagai salah sebuah band yang akan menghasilkan album dibawah naugan Rock Unite Music.


Dengan arus permodenan dan kenaikan taraf hidup di Malaysia , Kiri telah mengharungi badai dalam meneruskan karier sebagai kumpulan muzik di Malaysia. Beberapa anggota kumpulan Kiri telah menarik diri dari terus memperjuangkan Kiri. Walaubagaimanapun, Kiri tetap terus bernaung di bawah sayapnya sendiri dengan Syaf telah mengambil-alih tugas selaku orang kuat yang akan terus mempertahankan Kiri di dalam industri muzik tanahair. Harapan aku sebagai peminat number satu Kiri agar dapat melihat Kiri menjadi satu fenomena dalam industri muzik Malaysia.




Monday, January 12, 2009

Serangan Ke Atas GAZA ada Hikmahnya

Assalamualaikum

Pada ruangan kali ini saya ingin mengutarakan tentang serangan pihak Israel yang menyerang Palestin di semenanjung Gaza. Sesungguhnya kita telah ketahui kekejaman dan kezaliman pihak Israel sejak azali lagi. Kekejaman mereka menindas pihak Palestine telah menjadi -jadi sejak kebelakangan ini.

Umat islam seluruh dunia telah bersuara menunding jari ke pihak kaum Yahudi yang terus menerus memberikan tekanan kepada umat islam di Palestine. Walhal mereka tidah endah dengan apa yang dikritik oleh dunia terhadap mereka.

Kejadian yang berlaku kalau diikutkan memang kita ( selaku umat islam) berasa geram dan rasa tercabar dengan tindakan kaum yahudi. Tetapi, Hikmah telah berlaku dimana kita dapat lihat perpaduan kaum muslim bersatu-padu mengekang kezaliman Israel. Ramai penduduk di Amerika Syarikat telah memeluk Islam dan menjadi muslim. Kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat yang belum diketahui akan pulih atau tidak.

Kita berasa Hikmah ini kerana Allah telah menunjukkan betapa kejamnya Umat Yahudi sehinggakan negara-negara lain yang bukan islam telah mengecam tindakan Israel yang begitu kejam terhadap Palestine.

Insyaalah, Mengikut hadis Rasullullah s.a.w , Umat islam akan berjaya memerangi pihak yahudi pada suatu hari. Daripada kejadian yang berlaku, kita berharap agar Yahudi akan ditimpa malapetaka dari Allah S.W.T.

Sunday, January 4, 2009

Selamat Tahun Baru 2009


Assalamualaikum,

Tahun baru datang lagi. Kali ini menjelma pula 2009, dengan harapan ditahun baru ini segala urusan akan dipermudahkan olehNya. Tahun 2009 bermaksud umur ku telah genap 30 tahun, dengan status ku yang baru upgrade menjadi suami orang (hehehehe) aku mempunyai banyak tanggungjawab sebagai seorang suami. Alhamdulillah, setakat ini isteri ku yang sangat ku cintai amat memahami akan diriku ini. Segala apa urusan yang dilakukan kami lakukan bersama-sama.

Harapan aku di tahun baru 2009 ini adalah ingin melengkapkan diri sebagai seorang suami yang soleh. Dapat menjaga isteriku dengan baik serta mengharapkan kemurahan rezeki dariNya. Hajat dihati pula ingin mendapat cahaya mata pertama sebagai zuriat keluargaku di hari muka. Insyaalah, Allah maha mengetahui dan maha pemurah

Amin.

Saturday, January 3, 2009

23 November 2008





































Hye there, This is just the beginning for my day to create the blog for my family. 23 November 2008 is my wedding date with my beloved wife Nor Asyikin Abdul Hadi. I'm married with the gorgeous lady from Miri , Sarawak. Thanks to Allah, the ceremony was done in a good condition.

I would like to thank all the family my Abah & Mak , my Bapak & Mak, Abe dan Along , Sharil & Deng , Abg Ghadaffi & Kak Izyan , Abg Wan & Kak Jun , Aten , Mamat , Agus and Khabeer also Iman & Zah , Udin , Ceydan and Ayerr for their support during my marriage on that day.

Thanks to all my fellowship friends who are coming to my wedding ( Miri and Teluk Intan) . For those who are not be able to come , I understand your situation. This just the beginning for me as a Husband.

Thank Allah s.w.t